Tuesday, February 19, 2019

BERSAMA KE ARAH MENJADIKAN UiTM CAWANGAN PERAK SEBUAH KAMPUS HIJAU

Amalan mudah ini mampu menjimatkan tenaga elektrik dan penggunaan air di dalam kampus sebanyak 20%

1.    Tutup suis elektrik sebaik sahaja tamat mengecas telefon bimbit - Kebanyakan dari kita hanya mencabut telefon bimbit dan membiarkan aliran tenaga elektrik masih mengalir kepada pengecas telefon, akibat terlupa menutup suis. Tahukan anda amalan ini sebenarnya meningkatkan bil elektrik?

2.    Membawa bekas makanan/bekas minuman sendiri ke kafe - Dengan mengurangkan penggunaan pinggan dan mangkuk di kafe sebenarnya dapat menjimatkan air untuk membasuh peralatan kulinari ini. 

3.    Elakkan penggunaan straw - Cuba minum air berais tanpa menggunakan straw. Kita sebenarnya membantu memelihara ekosistem bumi. Di rumah pun kita tidak menggunakan straw untuk minum air berais kan?

4.    Tetapkan suhu sistem penyaman udara kepada 25 darjah celcius sahaja - Tahukah anda semakin sejuk sistem penyaman udara di dalam bilik, semakin kuat mesin penyejuk berputar? Dengan menetapkan suhu kepada 24 darjah celcius dan keatas, kita mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kepada 35% setiap tahun.

5.    Amalan 3R - Boleh dimulakan secara berdikit-dikit jika anda tidak pernah mengamalkannya. UiTM Cawangan Perak mempunyai Pusat Kitar Semula di hadapan bulatan Pusat Islam. Tinggalkan sahaja botol plastik, botol sabun pencuci baju/pakaian, botol minyak di pusat kitar semula ini.

No comments:

Post a Comment