Monday, March 11, 2019

KEMPEN 'BRING YOUR OWN CONTAINER'


PROJEK RAKAN KAMPUS HIJAU

Projek rakan kampus hijau UiTM Cawangan Perak . Dikelolakan oleh pensyarah UiTM Cawangan Perak Encik Ameri Shariff.
Benih pokok diperlukan dan sumbangan ke arah projek ini adalah dialu-alukan.






Lawatan Solar Work Bench UiTM Perak

Tarikh: 21 Februari 2019

Lawatan ke atas Solar Work Bench UiTM Perak daripada wakil ademik Universiti Teknologi Petronas (UTP) .



CSR Project "Green Technology & Green Education 2019" FSPU & BISA with MRSM Lenggong

Tarikh: 23 Februari 2019
2 projek berjaya dijalankan serentak :
1. Pemasangan Rain Water Harvesting System di tapak fertigasi MRSM Lenggong
2. Pertandingan inovasi peringkat MRSM Lenggong 

Terima kasih byk2 kepada semua pensyarah yg terlibat dan semua guru-guru MRSM LenggongTerima kasih juga buat pelajar BISA seramai 14 org yg turun padang.









Tuesday, February 19, 2019

SOLAR WORK BENCH - BRONZE MEDAL INND JOHOR 2018

Solar Work Bench telah memenangi Bronze Medal di dalam INND Johor 2018.


BERSAMA KE ARAH MENJADIKAN UiTM CAWANGAN PERAK SEBUAH KAMPUS HIJAU

Amalan mudah ini mampu menjimatkan tenaga elektrik dan penggunaan air di dalam kampus sebanyak 20%

1.    Tutup suis elektrik sebaik sahaja tamat mengecas telefon bimbit - Kebanyakan dari kita hanya mencabut telefon bimbit dan membiarkan aliran tenaga elektrik masih mengalir kepada pengecas telefon, akibat terlupa menutup suis. Tahukan anda amalan ini sebenarnya meningkatkan bil elektrik?

2.    Membawa bekas makanan/bekas minuman sendiri ke kafe - Dengan mengurangkan penggunaan pinggan dan mangkuk di kafe sebenarnya dapat menjimatkan air untuk membasuh peralatan kulinari ini. 

3.    Elakkan penggunaan straw - Cuba minum air berais tanpa menggunakan straw. Kita sebenarnya membantu memelihara ekosistem bumi. Di rumah pun kita tidak menggunakan straw untuk minum air berais kan?

4.    Tetapkan suhu sistem penyaman udara kepada 25 darjah celcius sahaja - Tahukah anda semakin sejuk sistem penyaman udara di dalam bilik, semakin kuat mesin penyejuk berputar? Dengan menetapkan suhu kepada 24 darjah celcius dan keatas, kita mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kepada 35% setiap tahun.

5.    Amalan 3R - Boleh dimulakan secara berdikit-dikit jika anda tidak pernah mengamalkannya. UiTM Cawangan Perak mempunyai Pusat Kitar Semula di hadapan bulatan Pusat Islam. Tinggalkan sahaja botol plastik, botol sabun pencuci baju/pakaian, botol minyak di pusat kitar semula ini.

UiTM Perak - Ke Arah Kampus Hijau